Jelajah Ramadhan DUN Gurun











Program Jelajah Ramadhan adalah program 'house to house' bertujuan untuk menyampaikan sumbangan barangan makanan untuk keluarga yang yang kurang berkemampuan. Sebanyak 10 buah keluarga di DUN Guar dan 11 buah keluarga di DUN Gurun. Pemberian ini adalah berdasarkan jumlah cawangan Puteri di setiap DUN. Program ini akan di teruskan pada 14hb Ogos di DUN Sg.Limau.
Sepanjang perjalanan hari ini, masih banyak lagi keluarga yang miskin dan ibu tunggal yang masih belum mendapat apa-apa bantuan dari pihak yang berwajib. Dengan sedikit sumbangan dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerai diharapkan Ramadan kali ini akan lebih bermakna. Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban keluarga...

Jelajah Ramadhan DUN Guar Chempedak



Program Jelajah Ramadhan telah diadakan pada 5 hb ogos 2010. Sebanyak 10 buah keluarga telah dipilih untuk menerima bantuan makanan semperna bulan Ramadhan yang mulia ini. Program ini juga telah disertai oleh YB Dato' Dr. Ku Abdul Rahman ADUN Guar Chempedak.

Majlis Bacaan Yassin di Surau Pantai Murni

Karnival Sukan Juara Rakyat 4 Julai 2010


Biro Belia dan Sukan UMNO Jerai telah menganjurkan Pertandingan Futsal Lelaki & Wanita serta Bola Jaring bermula 4 Jun sehingga 26 Julai besemperna bulan Belia & Sukan. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan di Gelanggang Rakyat Sg. Daun Tengah

Sekitar Perjalanan Mesyuarat


Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Ybhg.Pn Mas Ermiyati bt Shamsudin Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka.

Mesyuarat Puteri UMNO Bhgn. Jerai 2010


Mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Bhgn Jerai telah diadakan pada 3hb Julai 2010 di Naza Kia. Seramai 150 pewakilan dan pemerhati telah hadir untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab terhadap parti.

Mesyuarat Puteri UMNO Bhgn. Jerai 2010



FUTSAL WANITA PIALA UMNO BAHAGIAN JERAI

19hb Jun 2010
Biro Belia & Sukan dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerai telah menganjurkan pertandingan Futsal Wanita Terbuka di Gelanggang Rakyat Taman Desa Aman Guar Chempedak. Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada petang ini. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengcungkil bakat pemain-pemain muda dan merupakan satu aktiviti riadah. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamnya Ketua UMNO Bahagian Dato Hj. Suhaimi dan barisan kepimpinan. Biro Belia & Sukan Pn. Azizah, AJK Puteri UMNO Bhgn Jerai, PN. Mona, Shila, Anisah, Hasanah, Khalida dan semua urusetia gelanggang.

Melawat mangsa dera di Hospital Yan






Bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah Pn Norashima Md Nowar dan Ketua Pergerakan Wanita Bhgn. Jerai Kak Chik

SELAMAT HARI IBU






Jerai, 9hb Mei 2010

Pergerakan Puteri Umno Bahagian Jerai telah mengadakan sambutan Hari Ibu di Perkarangan Siti Bina Ent Sdn Bhd. Program ini telah dirasmikan oleh Cikgu Osman Shafie selaku Ketua Penerangan Umno Bhgn. Jerai. Program ini bertujuan meraikan ibu2 yang selama ini telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. Program minum petang ini juga turut diserikan dengan penyanyi jemputan En. Naim. Alhamdulillah program ini telah berjaya dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan Selamat Hari Ibu....

'TREASURE HUNT' PARLIMEN JERAI




Jerai, 8hb Mei 2010
Pergerakan puteri UMNO Bahagian Jerai dengan kerjasama BIRO Belia & Sukan UMNO Bhgn. Jerai yang dipengerusikan oleh Puan Azizah Bahari telah mengadakan satu program yang berbentuk riadah iaitu 'Treasure Hunt' yang meliabatkan 38 buah kenderaan. Program ini bermula di pejabat UMNO Bahagian Jerai dan melibatkan laluan DUN Gurun, DUN Guar Chempedak dan DUN Sg. Limau. Program ini telah di hadiri dan di rasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bhagian Jerai Ybhg.Tuan Hj Fazilah Hj Ali dan peserta dilepaskan oleh Ybhg. Dato' Hj Suhaimi bin Abdullah Ketua UMNO Bhgn. Jerai,selain itu Saudara Ikmal Naib Ketua juga turut hadir untuk memberikan sokongan kepada kami. Jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai program 'Treasure Hunt' ini terutamanya S/U bhgn, Cikgu Mat, Bendahari Bhgn Ir Md Noor, Abg Mushtar, Abg Aziz Din,Abg Zamri & kak Ana, Ketua2 UMNO Cawangan, semua AJK Pu3 Bahagian, AJK Biro, ahli2 Puteri dan juga NGO2 dan pihak swasta yg turut terlibat dalam menjayakan program ini.... Terima Kasih Daun Keladi....bila2 joinlah lagi

PERSIDANGAN CAWANGAN-CAWANGAN BERMULA.......

Jerai, 7hb Mei 2010
Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-cawangan telah di buat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada jam 2.30 petang. Majlis ini telah dihadiri oleh ketua Umno cawangan2, Ketua Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda Umno cawangan2. Alhamdulillah sambutan yang ditunjukkan begitu positif dan kehadiran yang begitu ramai menunjukkan yang UMNO Jerai masih diterima rakyat. Sebagai sayap yang paling bongsu Pergerakan pu3 Jerai akan bersidang dengan jumlah 35 cawangan di seluruh Parlimen Jerai. Jika di bandingkan dengan sayap-sayap yang lain, kami masih jauh ketinggalan,oleh itu besarlah harapan saya semoga Pu3 Jerai akan terus bergerak dan dapat membuka lebih banyak cawangan di masa akan datang. Saya menyeru kepada semua pimpinan UMNO cawangan2 supaya terus memberikan sokongan dan dorangan kpd kami sayap yg bongsu agar terus diterima oleh semua ahli dan dapat meneruskan kesinambungan perjuangan parti.....

Final Futsal Wanita

24hb April 2010 Puteri UMNO Bhgn. Jerai dengan kerjasama Pejabat ADUN Guar Chempedak telah mengadakan Pertandingan futsal wanita, yang mana 12 pasukan telah berentap. Pasukan Kicckers Ladies telah menjuarai Piala YB Dato Dr. Ku Abd. Rahman dan membawa pulang RM 300 serta piala iringan.



JUARA RAKYAT

Senamrobik bersama Pergerakan puteri UMNO Bahagian Jerai tealah diadakan bersempena Program Juara Rakyat bertempat di Kampung Ruat baru-baru ini.Puteri UMNO Jerai juga turut membuka kaunter daftar pemilih dan kempen Keahlian.