SELAMAT HARI IBU






Jerai, 9hb Mei 2010

Pergerakan Puteri Umno Bahagian Jerai telah mengadakan sambutan Hari Ibu di Perkarangan Siti Bina Ent Sdn Bhd. Program ini telah dirasmikan oleh Cikgu Osman Shafie selaku Ketua Penerangan Umno Bhgn. Jerai. Program ini bertujuan meraikan ibu2 yang selama ini telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. Program minum petang ini juga turut diserikan dengan penyanyi jemputan En. Naim. Alhamdulillah program ini telah berjaya dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan Selamat Hari Ibu....

'TREASURE HUNT' PARLIMEN JERAI




Jerai, 8hb Mei 2010
Pergerakan puteri UMNO Bahagian Jerai dengan kerjasama BIRO Belia & Sukan UMNO Bhgn. Jerai yang dipengerusikan oleh Puan Azizah Bahari telah mengadakan satu program yang berbentuk riadah iaitu 'Treasure Hunt' yang meliabatkan 38 buah kenderaan. Program ini bermula di pejabat UMNO Bahagian Jerai dan melibatkan laluan DUN Gurun, DUN Guar Chempedak dan DUN Sg. Limau. Program ini telah di hadiri dan di rasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bhagian Jerai Ybhg.Tuan Hj Fazilah Hj Ali dan peserta dilepaskan oleh Ybhg. Dato' Hj Suhaimi bin Abdullah Ketua UMNO Bhgn. Jerai,selain itu Saudara Ikmal Naib Ketua juga turut hadir untuk memberikan sokongan kepada kami. Jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai program 'Treasure Hunt' ini terutamanya S/U bhgn, Cikgu Mat, Bendahari Bhgn Ir Md Noor, Abg Mushtar, Abg Aziz Din,Abg Zamri & kak Ana, Ketua2 UMNO Cawangan, semua AJK Pu3 Bahagian, AJK Biro, ahli2 Puteri dan juga NGO2 dan pihak swasta yg turut terlibat dalam menjayakan program ini.... Terima Kasih Daun Keladi....bila2 joinlah lagi

PERSIDANGAN CAWANGAN-CAWANGAN BERMULA.......

Jerai, 7hb Mei 2010
Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-cawangan telah di buat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada jam 2.30 petang. Majlis ini telah dihadiri oleh ketua Umno cawangan2, Ketua Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda Umno cawangan2. Alhamdulillah sambutan yang ditunjukkan begitu positif dan kehadiran yang begitu ramai menunjukkan yang UMNO Jerai masih diterima rakyat. Sebagai sayap yang paling bongsu Pergerakan pu3 Jerai akan bersidang dengan jumlah 35 cawangan di seluruh Parlimen Jerai. Jika di bandingkan dengan sayap-sayap yang lain, kami masih jauh ketinggalan,oleh itu besarlah harapan saya semoga Pu3 Jerai akan terus bergerak dan dapat membuka lebih banyak cawangan di masa akan datang. Saya menyeru kepada semua pimpinan UMNO cawangan2 supaya terus memberikan sokongan dan dorangan kpd kami sayap yg bongsu agar terus diterima oleh semua ahli dan dapat meneruskan kesinambungan perjuangan parti.....